
SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKUMPULAN
Skim Perlindungan Takaful Dewan Pemuda PAS ini disediakan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. untuk Dewan Pemuda PAS bagi melindungi peserta-peserta yang ditimpa musibah akibat dari kematian atau hilang keupayaan yang berpunca dari kemalangan.
SUMBANGAN
Sumbangan bagi Skim Perlindungan Takaful Kemalangan Diri Berkumpulan Dewan Pemuda PAS adalah sebanyak RM5.00 sahaja bagi tempoh perlindungan setahun. Peserta akan diberi notis oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk memperbaharui perlindungan apabila tamat tempoh.
PERLINDUNGAN ASAS
Kematian Kemalangan
Kematian yang disebabkan oleh kemalangan dan ianya berlaku dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan. Manfaat tersebut berjumlah RM1,000.00 untuk seorang Peserta.
Keilatan Kekal dan Menyeluruh disebabkan Kemalangan
Kemalangan diri yang mengakibatkan kehilangan keupayaan secara menyeluruh dan kekal kepada Peserta (dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan) yang menghalang Peserta dari bekerja atau bergiat semula di dalam aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh Peserta sebelum musibah melanda iaitu dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan. Manfaat tersebut berjumlahRM1,000.00 untuk seorang Peserta.
Khairat Kematian
Kos Pengebumian dan Manfaat akibat dari kematian yang disebabkan oleh kemalangan yang dilindungi oleh Takaful ini iaitu sebanyak RM500.00 untuk seorang Peserta.
Berminat? Daftar
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
setiausaha@dppkk.org